
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitugemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiaphari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik sertamemakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya diaberehat lalu terlelap di perdu pokok epaltersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangitempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukaibudak tersebut.Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar danmenjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskanmasanya setiap hari bermain di sekitar pokok epaltersebut. Namun begitu, suatu hari dia datangkepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajakpokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidaklagi gemar bermain dengan engkau," jawabbudak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukanwang untuk membelinya," tambah budak remajaitu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal ituberkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang adapadaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu,kau dapat membeli permainan yang kauinginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetiksemua epal di pokok itu dan pergi dari situ.Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itumerasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakindewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilahbermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksabekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membinarumah sebagai tempat perlindungan untukkeluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu."Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah.Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar inidan kau buatlah rumah daripadanya." Pokokepal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakindewasa itu memotong kesemua dahan pokok epalitu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu puntumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedihkerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemuipokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budaklelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu.Dia telah matang dan dewasa. "Marilahbermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelakiyang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa.Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kaumenolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyaibot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau bolehmemotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kauakan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epalitu. Lelaki itu merasa amat gembira danmenebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergidari situ dengan gembiranya dan tidak kembalilagi selepas itu.Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yangsemakin dimamah usia, datang menuju pokok epalitu.
Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain disekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidakada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudahmemberikan buahku untuk kau jual, dahanku untukkau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanyaada tunggul dengan akar yang hampir mati..."kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahuepalmu kerana aku sudah tiada bergigi untukmemakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudahtua untuk memotongnya, aku tidak mahu batangpokokmu kerana aku tak berupaya untuk belayar lagi, akumerasa penat dan ingin berehat," jawab lelakitua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadangpokok epal itu. Lalu lelaki tua itu dudukberehat di perdu pokok epal itu dan berehat.... huhu bersambung....
No comments:
Post a Comment