Pages

Labels

Saturday, December 15, 2007

HINDRAF!!!!

Hindraf ialah singkatan bagi Pasukan Tindakan Hak Asasi Hindu atau Hindu Rights Action Force. Pada 6 Disember 2007 ,kenyataan media yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan Hindraf bukanlah sebuah pertubuhan berdaftar. Sebaliknya pertubuhan gelap, tidak berdaftar dengan Akta Pertubuhan. Hindraf dibina atas sentimen melampau 5 orang peguam dan seorang eksekutif kanan syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Kaedah perjuangan Hindraf
Pemimpin Hindraf menggunakan sentimen agama dan perkauman iaitu menegaskan kaum India dan agama Hindu tertindas . Sebaliknya orang Melayu yang berugama Islam dan parti UMNO yang bertanggungjawab di atas nasib mereka. Pendapat mereka disebarkan melalui majlis forum , pengedaran buku dan risalah dalam bahasa Tamil, penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokongan moral dan material daripada kaum India. Mereka turut menjadi dalang menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil Hindu yang dibina secara haram. Malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa depan.

Objektif
Hindraf tidak dapat menerima tindakan Empayar British yang membawa buruh murah dari benua kecil India ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja di ladang-ladang. Dari generasi pertama lagi mereka mendapat layanan buruk di ladang-ladang. Selain itu, di bawah kerajaan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Hindraf merasakan hak mendirikan kuil masih diabaikan. Isu pendidikan, hak asasi manusia, kebajikan dan taraf kerakyatan warga minoriti India hendaklah diperbaiki.

Penganut Hindu membentuk 8% dari 26 juta penduduk di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka masih bekerja di ladang-ladang sebagai penoreh getah. Segelintir terlibat dalam sektor perniagaan. Penganut Hindu ini telah membina kuil-kuil pelbagai saiz dan bentuk di ladang-ladang dan di tepi-tepi jalan raya sejak kedatangan mereka ke Malaysia 150 tahun lalu. Banyak ladang-ladang telah dibangunkan untuk tujuan pembangunan seperti jalan raya, lebuh raya, taman perumahan, kawasan perindustrian dan sebagainya. Akhirnya kuil Hindu terpinggir di tepi-tepi jalan raya. Walaupun saiz kuil-kuil ini kecil dan nampak baru dibina dan diperbesarkan tetapi telah berusia ratusan tahun. Beberapa orang peguam muda India telah membuat garis kasar tuntutan yang perlu dibayar oleh kerajaan British, terutamanya Ratu Elizabeth II. Peguam-peguam itu ialah M.Manoharan (Pengerusi), P.Uthayakumar, K.Ganghadaran, Waytha Moorthy Ponnusamy dan S.Ganapathi Rao.

Memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia
Pada 17 Ogos 2007, Hindraf telah mengemukakan memorandum 18 perkara kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung rasa tidak puas hati penganut Hindu terhadap kuil-kuil Hindu yang diberi notis sejak akhir-akhir ini.

Kuil Malaimel Sri Selva Kaliamman di Pantai, Kuala Lumpur berusia 100 tahun.
Kuil Sri Siva Balamuniswarar di Setapak.
Kuil Sri Kumaravel di Kampung Medan, Petaling Jaya.
Kuil Muniswarar di Ladang Midland, Seremban.
Kuil Sri Maha Mariaman di Padang Jawa, Shah Alam telah berusia 100 tahun.
Kuil Jai Muniswarar di Taman Puchong Hartamas berusia 160 tahun.
Kuil Sri Ayyanar Sathiswary Alayam, Jalan Davies
Kuil Sri Mariaman Seksyen 11
Kuil Shah Alam Sri Kaliamman, Midlands Estate, Seksyen 7, Shah Alam
Kuil Ganggai Muthu Karumariaman, PMR Batu Buntung Estate Kulim, Kedah
Salinan memorandum bertajuk “Indiscriminate and Unlawful Hindu Temple Demolishment in Malaysia” telah dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Formula penyelesaian harus dicari dan dirunding secara bersama tanpa sebarang prasangka terhadap mana-mana kaum dan penganut. Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr S. Subramaniam setuju dengan saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar ada garis panduan disediakan kepada Pihak Berkuasa tempatan untuk membina, memindah atau merobohkan sesebuah kuil agar tidak disensasikan oleh mana-mana pihak berkepentingan.

Saman di London
Pada 30 Ogos 2007 Hindraf telah memfailkan saman di Mahkamah Keadilan Diraja di London terhadap kerajaan British kerana 'dosa-dosa' membawa warga negara India ke Malaysia sebagai buruh ladang getah dan dieksploit selama 150 tahun. Pekerja dari India ini dibawa masuk melalui Sistem Kangani dari tahun 1786 hingga 1957. Kerajaan British dituntut membayar 4 trilion Paun British (RM27.7 trilion) atau RM1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.

Perhimpunan besar
Pada hari Ahad, 25 November 2007 Hindraf menganjurkan perhimpunan 100,000 penduduk India dan menghantar memorandum ke Kedutaan Britain di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Memorandum dengan 100,000 tandatangan ditujukan kepada Ratu Elizabeth II. Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Veerasingam kesal dengan tindakan memanggil masyarakat Hindu menyertai perhimpunan haram itu melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan bebas mengadakan perhimpunan, tetapi perhimpunan seramai 100,000 akan mencetuskan ketegangan kaum.
Ibu pejabat polis di Balai Polis Cheras tidak meluluskan permit kepada perhimpunan ini. Surat permohonan telah dihantar oleh Hindraf kepada Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim di Balai Polis Cheras pada 7 November 2007. Rayuan kedua juga ditolak oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 15 Naovember 2007.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan mengambil tindakan terhadap peserta perhimpunan haram ini. Perhimpunan ini boleh menyinggung perasaan kaum lain dan menyebabkan pergaduhan kaum. Perhimpunan ini akan mengugat keselamatan negara malah ekonomi negara akan terjejas teruk. Pelbagai pihak akan mengekploitasi perhimpunan ini dan mencetuskan huru-hara terutama kumpulan kongsi gelap. Peserta perhimpunan yang berselindung di sebalik kanak-kanak sebagai benteng manusia akan didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak.

Pada 22 November 2007, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin berkata, mereka yang hadir akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Polis. Sentimen perkauman akan diapi-apikan oleh pihak tertentu. Polis terpaksa bertindak awal dengan mengadakan sekatan jalan raya bermula pada 20 November 2007. Pemeriksaan rawak setiap kenderaan ke arah Kuala Lumpur. Sesiapa yang membawa senjata dan alatan berbahaya akan didakwa. Pada 30 Oktober 2007, beberapa pemimpin Hindraf telah ditahan kerana mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur. Antaranya ialah Waytha Moorthy Ponnusamy, M. Manoharan, Uthayakumar Ponnusamy dan S. Ganapathi Rao.

Tuduhan menghasut
Pada 26 November 2007 Mahkamah Sesyen Klang telah membebaskan 3 pemimpin Hindraf kerana pegawai pendakwa gagal menyediakan dokumen yang kukuh. Sebelum ini P.Uthaya Kumar, 46; P.Wartha Moorty, 41; dan V.Ganabati Rao, 34, dituduh di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Disemak 1969) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama. Mereka dipercayai berucap dalam bahasa Tamil yang berbau hasutan perkauman di Restoran Yuen He, Sungai Rambai, Jalan Batang Berjuntai, Kuala Selangor, Selangor antara jam 8.30 malam hingga 11.15 malam pada 16 November 2007. Malangnya transkrip ucapan / perbualan itu dan terjemahannya ke dalam bahasa Melayu tidak disediakan dan tuduhan dipertikaikan oleh peguam bela. Hakim Mahkamah Sesyen Klang ialah Zunaidah Mohd Idris . Timbalan Pendakwa raya ialah Ishak Mohd Yusuf . Peguam bela tertuduh ialah M.Manoharan .

Ancaman dari kerajaan
Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan amaran bahawa kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sekiranya mereka perlu. Hal ini telah mendapat tentangan dari pelbagai pihak yang menyeru kerajaan bertindak dengan mendengar suara mereka yang menyokong demonstrasi dan tidak menggunakan cara keras (ISA). Mereka yang menyebarkan khabar angin dan berita palsu, melakukan kesalahan di bawah Sekyen 23 Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit ataupun penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

Syed Hamid Albar sinikal terhadap Ketua Menteri Tamil Nadu , M.Karunanidhi yang cuba campur tangan terhadap undang-undang Malaysia dan warganegara Malaysia. Kes ini akan dikendalikan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Malaysia dan Rukun Negara. Karunanidhi dilaporkan begitu mengambil berat nasib kaum Tamil dan mahu membelanya kerana mereka berketurunan Tamil Nadu. Beliau turut menghantar surat kepada Perdana Menteri India, Mammohan Singh . Pranab Mukherjee selaku Menteri Luar India juga mahukan laporan lanjut.
Datuk Sri Samy Vellu turut menghubungi kerajaan India bagi menjelaskan keadaan sebenar. Ada blogger mencadangkan kerajaan India menyerang Malaysia sebagaimana kerajaan Chola menyerang Srivijaya satu ketika dahulu.
Musa Hassan menjelaskan bahawa Hindraf sebenarnya tidak menyerahkan sebarang petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur walaupun mempunyai peluang pada bila-bila masa , sebelum dan selepas perhimpunan haram. Emel Hinraf kepada Gordon Brown, Perdana Menteri Britain kononnya berlaku 'ethnic cleansing' di mana orang India dibunuh setiap hari oleh kerajaan ektremis Islam Malaysia adalah tidak benar. Pemimpin Hindraf terutama Waytha Moorthy Ponnusamy cuba melobi di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , India, Britain dan Amerika Syarikat bagi menyokong mereka. Malahan Hindraf cuba mendapatkan bantuan dan sokongan dari pertubuhan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE) di Sri Langka. Hindraf juga mengutip dana daripada orang ramai bagi membiayai aktiviti mereka. Bzgaimanapun , setelah dibantah oleh peguambela Hindraf, Tan Sri Abdul Ghani Patail memadam nama LTTE itu dari rekod mahkamah. Pada 6 Disember 2007 , ahli Parlimen DAP, Karpal Singh berbeza pendapat dengan pemimpin DAP yang lain. Karpal Singh menyatakan tidak pernah berlaku pembunuhan kaum atau genosid di Malaysia.

No comments:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text